UTC
Konsep perkhidmatan UTC yang memberi perkhidmatan di luar waktu pejabat wajar diperluaskan dalam sektor awam. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Operasi Pusat Transformasi Banda akan ditutup pada 24 Jun 2017 (Sabtu) sekiranya Hari Raya Aidilfitri pertama jatuh pada 25 Jun 2017 (Ahad).

Semua UTC akan beroperasi semula selepas tamat cuti hari kelepasan am Hari Raya Aidilfitri mengikut negeri masing-masing, menurut Kementerian Kewangan. – MalaysiaGazette