FGV
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad

KUALA LUMPUR – Lembaga pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bersetuju untuk memberikan lanjutan masa kepada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Datuk Zakaria Arshad, untuk menjawab surat tunjuk sebab hingga tengah hari esok.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata, Zakaria telah meminta pelanjutan masa untuk menjawab surat itu kepada 30 Julai 2017 daripada tarikh asalnya, 20 Jun.

“Lembaga pengarah juga ingin memaklumkan bahawa Ketua Pegawai Kewangan kumpulan, Ahmad Tifli Mohd Talha, telah menjawab surat tunjuk sebab pada 20 Jun seperti yang diperlukan,” katanya.

Menurut FGV, kedua-dua individu akan terus bercuti sehingga dimaklumkan oleh lembaga pengarah.

— BERNAMA