LONDON – Parlimen Britain diserang secara siber oleh penyerang “berterusan dan nekad” yang direka untuk mengenal pasti kata laluan emel yang lemah.

Menurut Reuters, serangan tersebut berlaku selepas sebulan cecacing ransomware menyerang sebahagian daripada perkhidmatan kesihatan negara berkenaan.

Dewan Rakyat berkata, ia sedang bekerjasama dengan Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan untuk menyelamatkan rangkaian Parlimen dan yakin ia mampu melindungi semua akaun dan sistem.

“Awal pagi ini kami mendapati ada berlaku aktiviti luar biasa dan bukti-bukti yang menunjukkan cubaan serangan siber terhadap rangkaian komputer kami.

“Siasatan rapi oleh pasukan kami mengesahkan penggodam telah melancarkan satu serangan berterusan dan nekad untuk menyerang semua pengguna akaun Parlimen di dalam mengenal pasti kata laluan yang lemah,” demikian menurut emel yang dihantar oleh pihak berkuasa Parlimen kepada pihak yang terkesan akibat serangan berkenaan.

Pusat Keselamatan Siber Nasional merupakan sebahagian daripada agensi perisikan Britain ditubuhkan tahun lepas untuk menangani serangan-serangan yang dipercayai kerajaan Brirain sebagai salah satu ancaman terbesar kepada keselamatan negara.-MalaysiaGazette