Riyad Mahrez dilaporkan mahu menyertai Arsenal selepas penat menunggu tawaran Barcelona.-the Sun

LONDON – Pemain Leicester City, Riyad Mahrez dikatakan sudah bosan menunggu tawaran Barcelona musim ini.

Bintang Algeria itu kini dilaporkan bersedia menerima tawaran £35 juta untuk bersama Arsenal selepas ‘penat’ menunggu respon Barca.

Pemain itu mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan bahawa dia mahu meninggalkan King Power Stadium musim ini.

Mahrez dikatakan mahu beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah setiap musim.

Riyad Mahrez memainkan peranan utama dalam membantu Leicester City mencipta sejarah julung kali menjulang kejuaraan EPL edisi 2015/2016. the Sun

Sehingga kini tiada tawaran daripada Nou Camp walaupun pada awalnya hati pemain itu bersama Barcelona.

Perlu diakui bahawa Barcelona memberi keutamaan kepada pemain yang jauh lebih hebat daripada Mahrez antaranya Marco Verratti dan Hector Bellerin.

Laman Web berita di Sepanyol melaporkan Mahrez sudah berputus asa menunggu untuk tawaran Barcelona dan kini bersedia menandatangani kontrak empat tahun bersama Arsenal.

Pemain berusia 26 tahun itu dikaitkan dengan penghijrahan ke Emirates musim lalu selepas membantu the Foxes menjulang piala Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2015/2016.