Novak Djokovic bersedia menawarkan bantuan kepada bekas jurulatihnya yang sudah muflis kerana gagal menjelaskan hutang bank. the Sun

LONDON –  Bintang tenis dunia, Novak Djokovic mahu membantu bekas jurulatihnya, Boris Becker yang dilanda hutang berjuta pound.

Becker diisytiharkan muflis oleh mahkamah baru-baru ini selepas bekas jurulatih itu gagal melangsaikan hutang berjumlah £3.34 juta (RM18.2 juta) kepada bank swasta.

Ekoran itu, bekas nombor satu dunia itu mahu membantu bekas jurulatihnya keluar dari dari belenggu hutang itu.

Djokovic yang menjuarai 12 Grand Slam bersama Becker telah menamatkan khidmatnya pada tahun lepas.

Boris Becker diisytiharkan muflis oleh mahkamah setelah gagal melangsaikan hutang bank. the Sun

“Walaupun berpisah, kami masih merupakan kawan baik.

“Walaupun kami tidak bekerjasama kami masih berkomunikasi lagi. Saya hormati Becker sebagai seorang insan dan sebagai jurulatih yang telah banyak menyumbang karier saya.

“Jadi sebelum orang lain tampil beri bantuan, saya sentiasa berada untuk menghulurkan bantuan kepadanya,” katanya. – MalaysiaGazette