Dani Alves hanya selangkah ke Manchester City

MANCHESTER – Manchester City yakin menandatangani pemain pertahanan Juventus, Dani Alves minggu ini walaupun pesaingnya Tottenham Hotspurs turut berusaha mendapatkan pemain itu.

Bek tengah antarabangsa Brazil itu hanya perlu memuktamadkan beberapa klausa undang-undang perpindahan dari Juventus.

Spurs cuba mengambil kesempatan untuk mengecewakan Pep Guardiola dan mendapatkan bekas pemainBarcelona itu.

Spurs mahu mendapatkan khidmat pemain itu memandangkan City masih belum mempersetujui yuran pemain itu dan perkara tersebut masih dirunding.

Pengurus Spurs Mauricio Pochettino memburu bek pertahanan kanan yang baharu bagi menggantikan Kyle Walker yang akan berhijrah ke City.

Spurs menetapkan £50juta terhadap mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu.
City dikatakan telah mempersetujui kontrak selama dua tahun bersama Alves.

Alves telah bersama Barcelona selama tujuh musim manakala empat musim daripadanya di bawah bimbingan Guardiola dan mahu sekali lagi bersama pengurus itu di Manchester. – MalaysiaGazette