SINGAPURA – Harga minyak dunia jatuh pada awal dagangan selepas laporan peningkatan dalam inventori minyak Amerika Syarikat.

Niaga hadapan Brent didagangkan AS$46.32 setong pada 0012 GMT, jatuh 0.7 peratus berbanding harga penutup.

Manakala West Texas Intermediate pula susut 0.9 peratus kepada AS$43.86 setong.

Harga minyak telah menyaksikan pemulihan beberapa hari lalu selepas menyusut hampir 20 peratys sejak pertengahan Mei.

Bagaimanapun, laporan Institut Petroleum Amerika menunjukkan data inventori meningkat sebanyak 851,000 setong pada minggu yang berakhir pada 23 Jun kepada 509.5 juta berbanding jangkaan penganalisis penurunan sebanyak 2.6 juta tong. – MalaysiaGazette