BEIJING – Seorang penumpang ditahan selepas membuang duit syiling pada enjin pesawat China Southern Airlines kerana percaya tindakan itu membawa tuah kepadanya.

Wanita yang berusia 80 tahun itu ditahan oleh polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai, Pudong selepas insiden pelik yang memaksa hampir 150 penumpang dipindahkan dari pesawat ke Guangzhou.

Dia melemparkan sembilan siling pada enjin pesawat CZ380 semasa beliau berlepas melalui landasan.

Lapan syiling tersasar tetapi satu siling memasuki enjin, kata polis lapangan terbang.

Perbuatan wanita itu dilihat oleh seorang penumpang dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Ketika kejadian, wanita itu bersama suami, anak perempuan dan menantu lelakinya.

“Penumpang warga tua telah membuang syiling pada enjin menyebabkan pesawat terganggu. Penumpang itu telah ditahan polis,” kata syarikat penerbangan itu.

Menurut China Southern Airlines, enjin pesawat itu telah menjalani pemeriksaan sepenuhnya bagi memastikan penerbangan selamat.

Wanita yang dikenali sebagai Qiu mendakwa dia melemparkan syiling kerana bersembahyang untuk keselamatan penerbangan. – MalaysiaGazette