Antonio Rudiger dilaporkan sudah melengkapkan perpindahan ke Chelsea dari AS Roma semalam. the Sun

ENGLAND – Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, Chelsea dilaporkan melengkapkan pembelian pemain pertahanan AS Roma dari Itali, Antonio Rudiger semalam.

Pembelian pemain itu melibatkan nilai perpindahan berjumlah £30juta.

Namun setakat ini tiada sebarang pengumuman rasmi mengenai pembelian pemain itu telah dibuat kelab itu.

Pengurus the Blues Antonio Conte memberi fokus kepada bek pertahanan pasukannya sebagai persiapan mempertahankan kejuaraannya musim hadapan bermula Ogos ini.

Sebelum ini skuad Conte dikaitkan dengan pembelian dua bintang bek pertahanan JUventus Alex Sandro dan Leonardo Bonucci melibatkan dana berjumlah £100 juta.

Bagaimanapun, bekas jurulatih Itali itu telah mengalih perhatian kepada bintang muda Jerman, Rudiger selepas Sandro menandatangani kontrak baharu bersama Juventus.

Yuran telah dipersetujui oleh the Blues bersama pemain itu dan Chelsea dilaporkan dalam proses memuktamadkan klausa selebihnya sebelum mengumumkan secara rasmi penghijrahan pemain itu ke Stamford Bridge.