Pembatalan rancangan pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura oleh kerajaan Pakatan Harapan telah mencetuskan perdebatan hangat.
Gambar Hiasan

SINGAPURA – Enam syarikat Singapura bergabung bagi membida projek-projek kereta api berkelajuan tinggi, kata syarikat-syarikat terbabit dan International Enterprise (IE) Singapore hari ini.

Syarikat-syarikat tersebut ialah Clifford Capital, DBS, Sembcorp Design & Construction, SMRT International, Surbana Jurong dan Singapore Technologies Electronics (ST Electronics), lapor The Straits Times.

Syarikat-syarikat itu merancang bekrjasama dengan peserta antarabangsa untuk ‘menyertai secara bersama dalam projek rel berkelajuan tinggi bermula dengan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura,” kata syarikat-syarikat terbabit dan IE Singapore dalam satu kenyataan.

Projek rel sepanjang 350 kilometer antara Singapura dan Malaysia itu dijangka mula beroperasi pada 2026.

IE Singapore berkata, ia akan membantu syarikat-syariat terbabit ‘mendapatkan peluang-peluang global’ hasil daripada kepentingan dan potensi HSR.

“Kekuatan unik kerjasama yang dimiliki setiap syarikat membolehkan mereka berkembang dalam segmen rel berkelajuan tinggi,” kata IE Singapore.

“Bersama-sama, penyelesaian mereka yang meliputi keseluruhan rantaian nilai kewangan, rekaan, pembinaan, integrasi sistem, operasi dan penyelenggaraan,”.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan MyHSR Corporation Sdn. Bhd. (MyHSR) akan memberi taklimat industri pada 5 Julai ini bagi menetukan garisan lingkungan tender AssetsCo untuk projek HSR Kuala Lumpur-Singapura.

AssetsCo akan bertanggungjawab mereka, membina, membiayai dan menyelenggara tren selain mereka, membina, mengendali dan menyelenggara aset-aset tren seperti kerja-kerja landasan, tenaga, isyarat dan telekomunikasi termasuk operasi rangkaian.

Tender untuk projek tersebut dijangka dikeluarkan pada akhir 2017. – Agensi.