Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menolak tawaran pengantaraan AirAsia dalam satu surat yang dihantar oleh peguam pengendali lapangan terbang itu. 

PUTRAJAYA – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) tidak pernah melaksanakan, sebagai suatu dasar, sebarang langkah pengasingan antara penumpang lelaki dan wanita semasa proses saringan keselamatan.

MAHB, dalam kenyataannya hari ini, berkata situasi yang diketengahkan menerusi tulisan oleh blogger ‘nicootan’ pada 29 Jun itu berlaku dari semasa ke semasa sebagai masalah terpencil apabila tiada jumlah pegawai keselamatan penerbangan wanita yang mencukupi dalam syif tertentu.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi pemeriksaan keselamatan menyatakan bahawa pemeriksaan keselamatan terhadap seseorang penumpang mesti dilakukan oleh petugas daripada jantina yang sama,” menurut kenyataan itu.

MAHB akan berusaha mencari kaedah untuk menjadikan proses saringan keselamatan lebih efisien dan memastikan penumpang memperoleh pengalaman yang lebih menggembirakan, kata MAHB.

“Kami menghargai maklum balas yang diberi dan kami mohon maaf terhadap sebarang kesulitan tidak disengajakan yang dialami penumpang,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette