Michael Keane secara rasmi menyertai Everton daripada Burnley semalam. the Sun

LONDON – Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton mengumumkan pembelian bekas pemain akademik Manchester United, Michael Keane semalam.

Pengumuman dibuat selepas kelab terbabit memuktamadkan pembelian pemain bek pertahanan Burnley itu dengan yuran perpindahan sebanyak £25 juta (RM138 juta).

Bintang England itu menandatangani kontrak lima tahun dengan pendapatan £100,000 (RM556,163) seminggu untuk menyertai pasukan bimbingan Ronald Koeman.

Keane, 24, dipantau the Toffees sejak musim lalu.

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho dikatakan bakal memuktamadkan pembelian pemain itu Jun lalu.

Namun, Everton bmemusnahkan usaha the Red Devils untuk membawa pulang bekas pemain akademiknya itu ke Old Trafford.

Klausa Keane dikatakan akan melonjak kepada £30 juta (RM166 juta) menerusi pemindahan ke Everton.

 

Setakat ini Everton telah membelanjakan £100 juta sebagai persiapan menghadapi saingan EPL musim 2017/18.- MalaysiaGazette