KUALA LUMPUR – Selepas Latheefa Koya mempertikaikan ‘jiwa rakyat’ Mohamad Sabu kini tiba giliran isteri Presiden Parti Amanah Negara (PAN) itu pula membalas kecaman hari ini.

Normah Alwi  tampil menghamburkan penafian mengenai tuduhan peguam Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Normah dalam satu entri Facebook marah akan dakwaan Latheefa bahawa mereka sekeluarga ada menggunakan perkhidmatan kelas pertama semasa bercuti suatu ketika dahulu.

Status berkenaan dimuatnaik bekas ahli PKR, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dalam Facebook beliau.

“En. Leman tolong bagitau kat loya (peguam) tu kami setakat (ini) tak pernah lagi naik kapalterbang biz class pi holiday satu keluarga ya..jangan pandai-pandai dok buat stori..nanti dapat dosa kering,” komen Normah dalam Facebook baru-baru ini.

Semalam, Latheefa menyifatkan Mat Sabu cuba memaparkan dirinya sebagai pemimpin marhaein namun tidak benar pada realitinya apabila dilihat makan bersama rakyat di Rumah Terbuka Selangor, Ahad lalu.

Mengulas mengenai itu, Normah berkata beliau kurang pasti samada status Facebook peguam itu ditujukan kepada beliau dan suaminya kerana mendakwa mereka saling mengenali antara satu sama lain.

“Loya tu bukan tak kenal kami..kalu la dia maksudkan kat kami.. Bab makan dengan rakyat itu atau di mana tu korang janganlah besarkan cerita..benda macam tu pun jadi kudis,” katanya lagi.

Status isteri Mat Sabu di Facebook berhubung dakwaan Latheefa Koya

Tiga gambar pemimpin PAN itu tersebar di media sosial memaparkan Mat Sabu serta isterinya tidak duduk di meja VIP malah makan bersama rakyat di satu sudut.

Majlis anjuran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali itu turut dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, serta barisan Kabinet Selangor. -MalaysiaGazette.