Sabri Ahmad Tah

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan Pengarah Syarikat Semarak Sinergi Sdn. Bhd. yang juga merupakan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Perak, Sabri Ahmad Tah bagi menyelesaikan pendakwaan satu kes rasuah di mahkamah.

Kes tersebut melibatkan projek-projek memajukan tanah di sebuah lokasi di Perak serta pembekalan bahan binaan yang berlaku pada tahun 2014.

Sabri yang memegang kad pengenalan bernombor 701117-08-6285 mempunyai alamat terakhir di No 11, Jalan SCI 3/12, Garden Villa, Bandar Baru Sunway, Tambun, Ipoh.

Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat dan mengenali Sabri diminta menghubungi Penolong Penguasa Mohd Zulfadhli Mohamad Yusof di talian 03-88867094 atau 018-2303110. – MalaysiaGazette