KUALA LUMPUR – Harga runcit mingguan bagi petrol dan diesel masing-masing naik sebanyak 4 sen dan 7 sen berkuatkuasa tengah malam ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan bagi tempoh 6 Julai sehingga 12 Julai depan, harga RON95 dijual pada harga RM1.93 seliter manakala bagi RON 97 pula RM2.19 seliter.

Kadar harga diesel pula meningkat sebanyak 7 sen menjadikan harga bagi seliter diesel ditetapkan pada RM1.91 sen berbanding RM1.84 seliter minggu lalu.

Sepanjang minggu lalu, harga RON95 dan RON97 turun masing-masing 2 sen pada kadar RM1.89 seliter bagi RON95 dan RM2.15 seliter bagi RON97. – MalaysiaGazette.