LONDON – Ejen kepada Wayne Rooney dikatakan muncul di pejabat Pengerusi Everton, Bill Kenwright di sini petang semalam.

Sekiranya laporan itu benar, ini bermakna perjanjian Rooney ke Goodison Park akan berlaku bila-bila masa sahaja sebelum hujung minggu ini.

Masa depan ketua pasukan Manchester United kini menjadi tanda tanya apabila dikatakan akan meninggalkan Old Trafford selepas selepas menarik diri daripada menyertai jelajah pramusim ke Amerika Syarikat bermula minggu depan.

Rooney meninggalkan Everton pada 2004 dan ingin kembali bersama skuad bimbingan Ronald Koeman.

Selain dijanjikan kesebelasan utama oleh barisan jurulatih dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim baru, Rooney masih menikmati gaji sebanyak £250,000 seminggu, sama seperti di United. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast