LONDON – Nama penyerang sensasi Evertion, Romelu Lukaku kini kembali dikaitkan dengan perpindahan mega untuk menyertai Manchester United.

Daily Mail dan Bein Sport melaporkan, United sedia untuk mencantas perpindahan dari Chelsea dengan menawarkan rekod perpindahan bernilai £100 juta untuk pemain antarabangsa Belgium.

Dalam pada itu, Sportsmail mendakwa Jose Mourinho sanggup menutup perpindahan musim panas ini dengan perjanjian rekod dunia buat pemain berusia 24 tahun itu selepas mengeluarkan lebih £89juta untuk membawa pulang Paul Pogba ke Old Trafford tahun lalu.

Lukaku yang menjaringkan sebanyak 26 gol musim lalu dijangka kembali ke Stamford Bridge tetapi hubungan antara kedua-dua kelab itu menjadi dingin sejak Chelsea gagal menandatangani John Stones pada 2015. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast