Penjara Las Cruces dikawal ketat oleh tentera dan polis selepas 28 banduan terbunuh dalam pergaduhan. foto Agensi

ACAPULCO – Pergaduhan antara dua kumpulan di penjara Mexico telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 28 banduan terbunuh.

Insiden pergaduan itu dipercayai berlaku pada awal bagi dalam bangunan berkeselamatan tinggi di penjara Las Cruces di bandar Acapulco.

Beberapa kepala mangsa dipenggal, ditikam dan dipukul hingga mati.

Acapulco adalah bandar terbesar di negeri Guerrero, salah satu kawasan yang paling ganas di Mexico dan pusat besar pengeluaran dadah.

Jurucakap keselamatan negeri, Roberto Alvarez berkata, mayat-mayat bergelimpangan ditemui di sekitar bangunan termasuk di dapur dan bilik pelawat.

Tiada ada tanda-tanda penggunaan senjata api digunakan.

Siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk membabitkan kakitangan penjara.

“Kejadian itu dicetuskan oleh perselisihan faham antara kumpulan saingan dalam penjara,” katanya.

Polis persekutuan dan tentera mengawal ketat keselamatan di luar penjara Las Cruces, yang dilaporkan penuh sesak dengan lebih daripada 2,000 penghuni.

Acapulco pernah menjadi salah satu tempat pelancongan paling popular di Mexico, tetapi telah peningkatan keganasan menjadikan ia salah satu bandar paling dahsyat di negara ini. – MalaysiaGazette