MANCHESTER – Penyerang sensasi, Romelu Lukaku bakal ditawarkan gaji lumayan sebanyak £200,000 seminggu dalam usaha memikatnya menyertai Manchester United.

Jumlah itu lebih dua kali ganda daripada gajinya sekarang di Everton iaitu sebanyak. £90,000 seminggu.

Ketika ini di United, gaji £200,000 seminggu adalah gaji yang diterima oleh penjaga gol utama, David De Gea.

Pembayaran gaji Lukaku itu dikatakan dibantu oleh penjimatan gaji Zlatan Ibrahimovic yang dilepaskan dan gaji lumayan Wayne Rooney yang bakal meninggalkan United ke Everton. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast