Pintu berlepas berasap selepas powerbank yang dilempar oleh seorang penumpang terbakar. foto Agensi

ISTANBUL – Powerbank terbakar selepas seorang penumpang yang marah melemparkan alat itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk.

“Seorang penumpang yang enggan menyerahkan powerbank bagi mematuhi arahan penerbangan ke United Kingdom. Semasa mempersoalkan tindakan lapangan terbang itu, dia telah melemparkan powerbank berkenaan dan ia terbakar,” kata lapangan terbang itu menerusi Twitter.

Tiada mangsa yang cedera dalam kejadian itu.

Lapangan terbang tersebut berkata, alat peranti elektronik tidak dibenarkan dibawa masuk dalam kabin untuk penerbangan ke Britain.

Kejadian itu turut dikongsi oleh beberapa penumpang yang menyaksikan insiden itu di kawasan perlepasan untuk penerbangan ke Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Seorang penumpang yang mendakwa berada 10 meter dari tempat kejadian berkongsikan imej asap di depan pintu balai berlepas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast