LOS ANGELES – Romle Lukaku muncul pertama kali dalam latihan Manchester United semalam sebaik melengkapkan perpindahan ke Old Trafford.

Lukaku secara rasmi menjadi pemain Manchester United dengan nilai perpindahan £75 juta (RM415 juta) untuk meninggalkan Everton.

Pemain kelahiran Belgium itu turun padang menyertai latihan bersama rakan pasukan baharunya di sini bagi sesi latihan jelajah pramusim.

Lukaku kelihatan memakai baju merah tanpa lengan Manchester United sewaktu latihan di Stadium Drake.

United berjaya memintas hasrat Chelsea yang turut menawarkan jumlah sama untuk mendapatkan Lukaku tetapi usaha tersebut gagal kerana Lukaku memilih untuk melangkah ke Old Trafford. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast