Dr. Zakir Naik

KUALA LUMPUR – Penganjuran Ijtimak Perpaduan Ummah Kali Ke-4 (Rantau Asia) anjuran Pas bakal dihadiri Dr. Zakir Naik.

Pendakwah pakar perbandingan agama itu telah mengesahkan kehadirannya seperti diumumkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam.

Ijtimak itu diadakan selama tiga hari bermula 20 Julai diadakan di Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Tuan Ibrahim, sebanyak 23 buah negara juga telah mengesahkan kehadiran serta 70 buah NGO dari seluruh dunia.

Selain Zakir Naik, beberapa nama besar seperti Abdul Ghafar Aziz dari Pakistan, Ketua Umum Dewan Dakwah Indonesia, Dr. Muhammad Sidek, Saadat Hussain dan Dr. Redhwan dari India turut tersenarai dalam pengesahan kehadiran.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast