DOHA – Lebih ramai tentera Turki tiba di sebuah pengkalan tentera di Doha selepas Ankara mempercepatkan pelaksanaan undang undang yang membolehkan lebih ramai anggota tentera dikerahkan ke negara itu pada bulan lepas.

Latihan telah dilakukan sejak 19 Jun lalu. Di bawah perjanjian yang dimeterai pada 2014, pengkaalan tentera di Qatar itu menempatkan tentera Turki.

Ankara menyokong Qatar selepas Arab Saudi, Mesir, Emiriyah Arab Bersatu dan Bahrain memutuskan semua hubungan ekonomi dan diplomatik pada bulan ini, selepas Doha dituduh menyokong keganasan yang mana dakwaan itu dinafikan.

“Kerjasama pertahanan antara Doha dan Ankara ini merupakan sebahagian daripada visi pertahanan dan mengekalkan keselamtna mereka di rantau ini,” menurut kenyataan angkatan tentera Qatar yang dipetik Reuters.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak mendedahkan bilangan tentera Turki di pengkalan tersebut atau berapa ramai tentera baharu menyertainya penempatan tersebut. – MalaysiaGazette