KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) memaklumkan dua anggota lembaga pengarahnya, Datuk Dr Omar Salim and Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid telah melahirkan hasrat untuk meletakan jawatan beberapa minggu lalu.

Pemangku Pengerusi FGV, Tan Sri Sulaiman Mahbob berkata, bagaimanapun beliau telah meminta semua ahli lembaga pengarah untuk tidak berbuat demikian.

“Apabila menimbangkan keadaan semasa syarikat dan tindakan selanjutnya yang telah diterima oleh kerajaan dan FGV pada 19 Jun 2017, yang mana”untuk meningkatkan kawalan tadbir urus korporat dan perniagaan FGV” dan “menjalankan kajian perniagaan yang komprehensif” juga “untuk menegakkan integriti dan semangat kesaksamaan penyelidikan yang berterusan”, saya kemudiannya meminta semua anggota Lembaga untuk terus kekal,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambah beliau, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan jika ada perkembangan lanjut.

Kenyataan itu dibuat selepas Omar dan Noor Ehsanuddin didakwa enggan melepaskan jawatan masing-masing walaupun diminta oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Semalam, FGV telah mengumumkan pelantikan tiga ahli lembaga pengarah baharu bagi mewakili Felda dalam syarikat peladangan milik entiti itu. – MalaysiaGazette