KUALA LUMPUR – TNB memperkenalkan kempen Autopay and Win satu kaedah pembayaran secara mudah, cepat dan dijamin keselamatannya melalui kad kredit.

Kempen itu dijalankan dalam usaha TNB untuk memastikan setiap pelanggannya menikmati mutu perkhidmatan yang terbaik dari semasa ke semasa.

Dengan had maksimum bil sehingga RM5,000 sebulan, kempen Autopay and Win yang bermula 31 Mei 2017 sehingga 31 Ogos 2017, memudahkan pelanggan TNB membuat urusan pembayaran bil elektrik masing-masing.

Menurut Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna) Bahagian Pembahagian Ir. Kamaliah Abdul Kadir berkata, pengguna yang menggunakan kemudahan Autopay untuk membayar bil elektrik turut berpeluang memenangi Samsung Galaxy S8 dan rebat tunai bernilai RM100.

Beliau berkata pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan Autopay hanya perlu layari https://www.tnb.com.my/promotions/auto-pay-win/ dan email borang yang lengkap diisi ke [email protected] – MalaysiaGazette