Manchester City melengkapkan pembelian pemain pertahanan Tottenham, Kyle Walker semalam. the Guardian

MANCHESTER – Manchester City melengkapkan pembelian bek kanan Tottenham Hotspurs, Kyle Walker.

Perpindahan pemain pertahanan Lilywhite berusia 27 tahun itu menyaksikan pembayaran yuran berjumlah £50 juta

Walker akan menyarung jersi nombor 2 dan menyifatkan penghijrahan mengejutnya ke Etihad sebagai peluang yang ditunggu-tunggu.

“Saya tidak sabar untuk beraksi di hadapan penyokong ‘Noisy Neighbours’ apabila musim EPL membuka tirai Ogos ini.

“Pep Guardiola salah seorang pengurus paling dihormati di dunia dan saya yakin dia akan membantu saya memperbaiki prestasi ke tahap lebih tinggi,” katanya kepada Skysports semalam.

Pengarah bola sepak Man City, Txiki Begiristain berkata, Walker merupakan bek pertahanan yang berkualiti di atas padang.

“Kami telah mengikuti prestasinya semasa di Tottenham dan terpegun dengan aksi di White Hart Lane musim lalu sebelum membuat keputusan membuka rundingan,” katanya.

Guardiola dalam proses menyingkir pemain yang telah berusia dan menggantikannya dengan pemain yang muda dan lasak.

Walaupun Guardiola gagal membawa sebarang kejuaraan pada musim pertama pengurusannya, bekas pengurus Barceloma itu sudah bersiap sedia untuk bersaing dalam semua liga domestik dan Eropah.

Tottenham kini mengalih perhatian kepada bek pertahanan Porto, Rocardo Pereira bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Walker selain memantau pemain Torino Davide Zappacosta. – MalaysiaGazette