Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak dunia kukuh hari ini, disokong oleh kelembapan dalam aktiviti di pelantar dan persepsi permintaan yang kukuh.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa untuk harga minyak, berada pada AS$49.08 setong pada 0126 GMT, naik AS$0.17, atau 0.35 peratus berbanding harga penutup.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada harga AS$46.70 setong, naik AS$0.16 atau 0.34 peratus.

Keuntungan kedua-dua minyak mentah itu berpanjangan berbanding minggu sebelumya.

Pedagang-pedagang dan para penganalisis berkata, kenaikan harga minyak itu disebabkan permintaan kukuh, selain tanda-tanda penyusutan pengeluaran minyak syal Amerika Syarikat.

Aktiviti penggerudian di Amerika Syarikat meningkat kepada dua pelantar minyak pada minggu hingga 14 Julai lalu, menjadikan kiraan jumlah sehingga 765, kata firma perkhidmatan tenaga Baker Hughes pada hari Jumaat lalu.

Walaupun ia adalah paras tertinggi sejak April 2015, kadar penambahan itu perlahan. Penambahan pelantar dalam tempoh empat minggu yang terakhir adalah purata lima, terendah sejak November 2016. – MalaysiaGazette