Para penumpang Malindo Air menunggu bagasi masing-masing sebaik sahaja tiba di Brisbane dari Bali.

BRISBANE – Lebih 60 penumpang yang menaiki penerbangan Malindo Air dari Bali ke Brisbane yang terkandas dua jam sebelum berlepas telah tiba di Austrakia tanpa bagasi.

Kejadian itu berlaku pada 16 Julai lalu, menurut laporan 9NEWS.

Penerbangan dijadualkan berlepas dari Denpensar pada tengah malam tetapi ditangguhkan selama dua jam apabila juruteknik cuba untuk menyelesaikan masalah yang dijelaskan oleh juruterbang sebagai “perbezaan berat” di atas pesawat.

Penumpang yang telah menaiki pesawat itu terpaksa menunggu sehingga pasukan darat menyelesaikan masalah tersebut.

Malah, tandas juga tidak dibenarkan dalam tempoh berkenaan.

Sebelum jam 2.00 pagi, juruterbang memaklumkan kepada penumpang bahawa masalah telah diselesaikan dan akan berlepas.

Pesawat itu kemudian mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane lima jam kemudian.

Ketika para penumpang menunggu bagasi masing-masing di terminal kemudian menyedari beg mereka hilang.

Seramai 63 penumpang tidak menemui bagasi mereka sama sekali.

Pasangan penumpang, Ashlee Perry dan suaminya Amit Chacko baru saja berkahwin di Bali memberitahu, mereka melihat kira-kira 14 orang penumpang yang mengambil bagasi mereka sebelum karusel di terminal bagasi itu berhenti.

“Kami menjerit kerana tidak ada beg lagi di karusel dan kemudian ke bahagian perkhidmatan bagasi.Kami berada di atas pesawat, menunggu hampir dua jam.Tidak dapat berhubung dengan sesiapa.

“Kakitangan syarikat itu pula memberitahu kami tidak ada tempat lagi untuk meletakkan pakaian kahwin saya, sebaliknya meminta saya untuk meletakkan ia di dalam tempat menyimpan bagasi.

“Dia kemudian datang semula selepas nampak wajah kecewa kami dan memaklumkan pakaian itu boleh diletakkan di hadapan tetapi sudah terlambat sebab telah menempatkan di tempat bagasi.

“Apabila mendapat dan masalah beg berlaku dengan tidak ada siapa yang berkomunikasi dengan kami. Kami terpaksa menunggu dan kecewa. Dan, kami semua melihat juruterbang dan pekerja kabin meninggalkan lapangan terbang dengan bagasi mereka,” ujar Chacko.

9NEWS berkata, Malindo Air menerbangkan bagasi penumpang-penumpang terbabit di Brisbane pada malam keesokan harinya. – MalaysiaGazette