Polis masih berusaha mengesan mayat bayi lelaki yang ditanam seorang lelaki di kawasan tanah perkuburan di Bagan Dalam, dekat sini dalam kejadian awal pagi Jumaat.
Gambar hiasan
IPOH – Seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia berumur dua tahun meninggal dunia dipercayai didera ibu kandung dan teman lelakinya, Rabu lalu.

Ketua Polis Perak, Dauk Hasnan Hassan berkata pihaknya menerima laporan daripada Hospital Teluk Intan mengenai kanak-kanak berkenaan yang meninggal dunia semasa dalam perjalanan dari Kuala Bikam, Bidor ke hospital tersebut, kira-kira 9.30 malam.

“Hasil bedah siasat mengesahkan kematian berpunca daripada pendarahan dalam otak akibat hentakan senjata tumpul.

“Semalam, polis menahan ibu kanak-kanak itu dan teman lelakinya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasnan berkata kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA