Danilo Luiz

MANCHESTER – Pemain Real Madrid, Danilo Luiz dilaporkan bersetuju berhijrah ke Manchester City hari ini.

Laporan di Madrid mendakwa pemain berusia 26 tahun itu telah bersetuju dengan kontrak selama lima tahun bernilai £27 juta untuk bertukar angin.

Laporan Marca mengatakan, bek kanan Real itu akan menandatangani kontrak bersama skuad bimbingan Pep Guardiola dalam masa terdekat.

Berita itu sekali gus memberi tamparan kepada juara bertahan EPL, Chelsea yang turut memburu pemain itu bersama rakannya Alvaro Morata yang kini sedang menjalani ujian kesihatan di Stamford Bridge.

Selepas terlepas peluang mendapatkan khidmat bek pertahanan Juventus, Dani Alves, Guardiola segera mencari penggantinya, Danilo.

“Selepas tragedi Dani Alves, kelab bertindak pantas mencari bakat terbaik dan Danilo salah satu nama daripadanya.

“Danilo gemar beraksi di bawah kendalian Guardiola,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast