KUALA LUMPUR – AirAsia mengumumkan laluan terbaharu ke Davao, Filipina sebanyak empat kali sehari dari Kuala Lumpur bermula semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, penerbangan yang dikendalikan oleh AirAsia Bhd. itu (kod penerbangan AK) merupakan laluan terus keempat dari Malaysia selepas Manila, Cebu dan Kalibo yang telah menerbangkan sejumlah 577,536 penumpang pada tahun 2015 dan 2016 sahaja.

AirAsia turut menghubungkan penumpang ke bandar-bandar lain di Filipina termasuk Clark, Manila, Caticlan, Kalibo, Tacloban, Palawan, Cebu dan Tagbilaran.

Laluan tersebut dilancarkan sempena Persidangan Pelaburan Davao 2017.

Bagi meraikan pelancaran baharu tersebut, AirAsia menawarkan tambang all-in-fares bermula RM99 sehala dengan tempahan boleh dibuat bermula semalam sehingga 30 Julai nanti bagi penerbangan bermula 21 Disember 2017 sehingga 28 Ogos 2018.-MalaysiaGazette

 

 

.