Marco Verratti

MANCHESTER – Usaha Manchester United untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Paris Saint Germain, Marco Verratti terhenti apabila kelab itu dikenakan syarat.

PSG mahu the Red Devils melepaskan penyerang Anthony Martial untuk mencapai persetujuan.

Verratti menjadi sasaran pengurus United, Jose Mourinho apabila Chelsea enggan menurunkan nilai £50 juta ke atas Nemanja Matic jika mahu ke kelab tersebut.

Perunding United, Ed Woodward meneruskan proses rundingan dalam mendapatkan bintang antarabangsa Itali berusia 24 itu selepas Barcelona menarik diri.

Namun PSG bertegas kelab itu hanya akan berurusan dengan United sekiranya bekas penyerang Monaco, Martial dimasukkan sebahagian daripada rundingan itu.

Martial berhijrah ke Old Trafford dengan nilai pindahan berjumlah £56 juta pada 2015 di bawah pengurusan Louis van Gaal.

Manchester United dikatakan memiliki kelebihan mendapatkan Verratti apabila pemain itu telah melantik Mino Raiola sebagai agen baharunya.

Raiola bertanggungjawab membawa masuk Paul Pogba dari Juventus, Zlatan Ibarhimovic dan Henrikh Mkhitaryan dari Borussia Dortmunds dan yang terbaharu, Romelu Lukaku. – MalaysiaGazette