VIENNA – Berjuta-berjuta wanita Islam yang memakai hijab akhirnya mempunyai emoji yang mewakili mereka – dan semuanya kerana seorang ramaja dari Arab Saudi.

Bersempena Hari Emoji Sedunia pada Isnin lalu, Apple menyiarkan pratonton 12 emoji baharu kepada pengguna pada tahun ini.

Antara ikon itu ialah dinasor dan zombi merupakan tambahan emoji selain emoji pertama yang memaparkan seorang wanita berhijab, usaha selama setahun gadis berusia 16 tahun, Rayouf Alhumedhi.

Kempen emoji Alhumedhi bermula tahun lalu apabila menyedari bahawa dia sahaja dalam kalangan rakan-rakannya tanpa memiliki emoji yang tepat mewakili dirinya, lapor muslim village.com.

Pelajar yang dilahirkan di Arab Saudi itu kini menetap di Vienna, Austria bersedia untuk mengubah keadaan dengan menghabiskan masa selama dua hari dalam bilik tidurnya melakar cadangan emoji yang mengenakan hijab untuk Unicode Consortium, sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang menguruskan emoji tambahan baharu.

“Tidak terdapat emoji yang mewakii saya dan berjuta-juta wanita yang berhijab di seluruh dunia telah membinggungkan saya. Saya mahu diwakili, saya mahu satu emoji (yang mewakili) saya,” katanya kepada CNN.

Pengasas Bersama Reddit, Alexis Ohanian membantu Alhumedhi mencadangkan kepada Unicode, selain membantu gadis itu mengacara sesi Reddit bertajuk ‘Ask Me Anything’ yang mana beliau mengemukakan soalan berhubung emoji yang mewakili orang Islam secara keseluruhannya.

Unicode kemudian memperkenalkan Alhumedhi dengan artis grafik bagi membolehkan mereka bekerjasama untuk menghasilkan rekaan akhir yang akan muncul pada berjuta-juta papan kekunci pada musim luruh ini. – MalaysiaGazette