Home Dunia 26 maut dalam serangan Taliban di pasar sayur

26 maut dalam serangan Taliban di pasar sayur

LAHORE – Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh manakala 50 lagi cedera dalam kejadian letupan di Jalan Ferozepur, berhampiran pasar sayur.

Taliban mengakui bertanggungjawab dalam kejadian pengeboman kereta itu.

Pihak berkuasa tidak menolak serangan pengebom berani mati itu dilakukan di atas motosikal dan sasaran terhadap polis yang berkerja di kawasan itu.

Pegawai polis adalah antara mangsa yang terkorban.

Kejadian itu menyebabkan tingkap-tingkap bangunan di kawasan berkenaan pecah.

Semasa kejadian, pasar berkenaan dipenuhi oleh anggota polis yang dihantar untuk membersihkan gerai-gerai haram yang berniaga di tepi-tepi jalan.

“Kami mengesyaki pengebom bunuh diri datang dengan motosikal dan dia menyerang tempat pemeriksaan polis,” kata ketua operasi polis Lahore, Haider Ashraf.

Pasukan keselamatan telah memindahkan mangsa-mangsa yang cedera ke hospital manakala polis dan tentera ditempatkan di kawasan tersebut. – MalaysiaGazette