Foto Instagram MasterChefAU

KUALA LUMPUR – Anak kelahiran Malaysia, Diana Chan dinobatkan sebagai juara MasterChef Australia setelah menyediakan sajian terbaik di pertandingan finale rancangan tersebut, kelmarin.

Diana yang juga chef di Melbourne itu mengalahkan saingannya, Ben Ungermann dalam acara sengit dan mencetuskan fenomena di negara itu.

Dengan kemenangan itu wanita berusia 29 tahun itu  menjulang trofi serta wang tunai Dolar Australia berjumlah A$250,000 serta peluang untuk menertai kolum dalam sebuah majalah masakan terkemuka, Delicious.

Diana yang berasal dari Johor Bahru menjadi antara peserta pilihan dalam MasterChef Australia musim ini kerana sentiasa membuatkan para pengadil berasa kagum dengan bakatnya.

Sjian yang berjaya memikat hati pengadil sepanjang penyertaannya dalam pertandingan memasak ini adalah Red Emperor Fish on Spicy Fragrant Sambal iaitu sejenis lauk yang diadaptasi daripada resepi asal ibunya sendiri.

Kehebatan Diana dalam bidang kulinari itu mewarisi kedua ibu bapa Diana yang juga adalah tukang masak yang hebat.

Diana  berhijrah ke Australia ketika umurnya genap 19 tahun..

Dia menjadi anak jati Malaysia yang kedua untuk menjuarai MasterChef Australia selepas Adam Liaw, kelahiran Penang yang juga pernah menyertai pertandingan itu ketika Musim ke-2 dahulu. – MalaysiaGazette