Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien

KUALA LUMPUR – Dalam usaha untuk mempertahankan kesucian kota suci Mekah daripada serangan pengganas, Malaysia akan bekerjasama dengan Arab Saudi, kata Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Menteri Pertahanan itu telah berhubung dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamed Salman yang juga Menteri Pertahanan Arab Saudi, semalam mengenai serangan oleh puak Houthi ke atas Makkah pada Khamis lalu.

Katanya, Mohamad Salman telah bersetuju untuk bertukar maklumat mengenainya.

“Pendirian Malaysia adalah jelas, kita tak berbelah bahagi mempertahankan dua kota suci umat Islam iaitu Makkah dan Madinah, ” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bagian Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Pada Khamis lalu, Pasukan Keselamatan Arab Saudi memintas sebuah peluru berpandu balistik dikenali sebagai ‘Burkan-1’, yang disasarkan 69 kilometer dari Makkah ke kawasan Al-Wasliya di Wilayah Yaif.

Mengulas lanjut Hishamuddin berkata, Malaysia akan berkongsi lebih banyak risikan mengenai kumpulan pengganas Daesh dengan Arab Saudi.

“Syukurlah, hubungan kita sangat baik dengan mereka dan ia memudahkan kami berkongsi maklumat terperinci antara satu sama lain,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast