Ameer Mydin

KUALA LUMPUR – Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin) mendakwa syarikat itu mengalami kerugian besar dalam melaksanakan projek tanggungjawab sosial korporat melalui Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Bagaimanapun, Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Mydin berkata, projek itu diteruskan juga demi rakyat Malaysia.

Beliau turut mengakui kegagalan operasi KR1M itu telah banyak kali diperkatakan.

“Saya tidak akan mengulas mengenai apa-apa tuduhan yang dibuat oleh kerajaan kerana ia tidak akan membawa kita ke mana-mana.

“Hanya mereka yang mengenali saya akan yang tahu apa yang menyebabkan Mydin terpaksa bertahan dalam menjalankan projek CSR ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menamatkan segera kontrak syarikat mengendalikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang menjual produk jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

Ahmad Zahid berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan memberikan peruntukan kepada syarikat berkenaan untuk memastikan produk yang dijual lebih murah. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.