Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata calon Speaker and Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah sudah dikenalpasti.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini menafikan parti itu dalam usaha mengukuhkan kedudukan menerusi penyertaan anggota Parlimen daripada UMNO.

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengeluarkan salasilah keluarganya untuk tontonan umum.

Menurut bekas Menteri Besar Kedah itu, Iskandar Kutty yang disebut-sebut oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam adalah datuk kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bukannya ayah kepada pemimpin PPBM itu.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Mukhriz turut memperincikan salasilah keluarganya dengan menyatakan Iskandar Kutty (Datuk Tun Mahathir) berkahwin dengan Siti Hawa berketurunan Johor pada 1881 di Pulau Pinang.

“Tun Mahathir Bin Mohamad Bin Iskandar. Yang datang dari Kerala bukan Ayahanda Tun M tetapi Nenda (Datuk) Tun M bernama Iskandar. Kerala adalah bukan bangsa asal India tetapi berketurunan Yaman,” katanya menjelaskan keadaan.

Zahid semalam menyentuh mengenai status sebenar Mahathir kepada umum dengan menyebut beliau adalah Anak Lelaki kepada Iskandar Kutty.

Gelaran Anak Lelaki adalah dikhaskan kepada masyarakat India mengikut apa yang tercatit dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Mohamad (bapa Tun M) pula berkahwin dengan Wan Tempawan Bt Wan Hanafi maka lahirlah Tun M @Che Det. Che adalah kerana Wan berkahwin dengan rakyat kebanyakan,” jelas anak bongsu Mahathir itu.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata, Datuk kepada Mahathir iaitu Iskandar Kutty didatangkan oleh Syarikat Hindia Timor ( British ) untuk mengajar Bahasa Inggeris di Istana.

Manakala Mohamad (Bapa Tun M) adalah Pengetua Pertama Kolej Sultan Abdul Hamid di Kedah. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Apa masalah klu dia berdarah India / mamak sekali pun? UMNO ni rasis sangat ke tak tak boleh terima & nak hina bangsa lain? Tak habis2.. masa undi nak pula undi India & mamak.

Comments are closed.