Nemanja Matic. Foto Daily Star

LONDON – Pemain Chelsea, Nemanja Matic mencetuskan spekulasi baharu apabila gambarnya menjalani pemeriksaan perubatan di Manchester United tersebar.

Senario terkini tersebut bakal mengesahkan pemain tengah itu akan memuktamadkan perjanjian bernilai £40 juta (RM225 juta).

Jika perpindahan itu direalisasikan, pemain antarabangsa Serbia itu bakal bergabung semula dengan Jose Mourinho di bawah pasukan yang sama dalam waktu terdekat.

Sportmail melaporkan, gambar tersebut menunjukkan Matic memakai kit latihan United.

Mourinho yang ditemui selepas kemenangan United 3-0dalam perlawanan persahabatan ke atas Valerenga di Oslo enggan mengesahkan tentang perpindahan itu.

“Saya tahu Matic mahukannya berhijrah. Bila seorang pemain memiliki kemahuan yang luar biasa, peluangnya adalah lebih besar.

“Saya fikir kita mempunyai peluang tetapi di dalam bola sepak kena tunggu sehingga ia rasmi,” kata Mourinho. – Mail Online.