Gambar Hiasan

BANGI – Pemandu Uber ambil ‘penumpang’ dari tanah kubur di Bandar Baru Bangi di sini menjadi tular di media sosial.

Kisahnya, seorang pemandu Faizal Khamaruzaman menerima panggilan telefon daripada seseorang yang menyuruhnya mengambil seseorang.

Lokasinya di tengah-tengah Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi tetapi tidak ada sesiapa pun disitu.

Bila dia mahu mengesahkan semula lokasi ia memang betul dan ‘penumpang’ itu melalui telefon suruh memulakan trip perjalanan.

Apa yang menyeramkan, apabila sampai di lokasi yang suruh dihantar ‘penumpang’ menyuruhnya membuka pintu belakang sambil membaca bismillah dan selawat melalui telefon.

Pembayaran melalui kad kredit.

Bagaimanapun, pemandu Uber itu sendiri yang tahu cerita sebenar sama ada ia benar atau ‘dipermainkan’ orang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.