KUALA LUMPUR – Sempena ulang tahun ASEAN ke-50, AirAsia menawarkan promosi tambang murah kesemua destinasi ke seluruh rantau ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan tambang murah itu, penerbangan dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi dalam ASEAN bermula pada harga RM50.

“Promosi ini adalah sempena Hari ASEAN esok yang diadakan bagi memperingati penubuhan ASEAN pada 8 Ogos 1967,” kata kenyataan berkenaan.

Penumpang yang berminat boleh membuat tempahan di laman web airasia.com atau aplikasi mobil AirAsia bermula hari ini sehingga 13 Ogos depan dengan tarikh penerbangan adalah di antara 7 Ogos 2017 sehinggga 8 Februari 2018. – MalaysiaGazette