Arsene Wenger yakin Arsenal mampu julang EPL musim ini.Photo the Sun

LONDON – Arsene Wenger percaya Arsenal boleh menamatkan badi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Pengurus Arsenal itu menyataka keyakinan itu setelah Gunners menundukkan Chelsea untuk menjulang Piala Perisai Komuniti di Stadium Wembly semalam.

Wenger menang piala perisai itu buat kali ketiga dalam empat musim.

Dalam aksi penuh dramatik semalam, Arsenal dan Chelsea terikat seri 1-1 sehingga minit ke-90 sebelum perlawanan diheret ke sepakan penaliti untuk menentukan juara.

Pada penentuan sepakan penalti, Gunners menewaskan Chelsea dengan 4-1.

Ditanya sama ada Arsenal boleh menamatkan badi piala EPL selama 13 tahun lalu, Wenger berkata: “Itulah impian kami untuk menggembirakan penyokong kelab ini.

“Saya mahu mereka terus berdiri teguh bersama pasukan dan memberikan sokongan yang positif untuk kami meneruskan rentak terbaik julang EPL musim ini,” katanya.

Wenger yang melanjutkan kontrak bersama Arsenal untuk dua tahun lagi berkata, kedudukannya di Emirates tidak selamat selepas gagal melayakkan pasukan ke Liga Juara-juara Eropah musim ini. – MalaysiaGazette