Home Dunia Taufan Noru melanda Honshu

Taufan Noru melanda Honshu

Sungai Ane di Shiga yang dinaiki air selepas sebahagian besar Jepun dilanda taufan Noru. foto Agensi

TOKYO – Taufan Noru melanda Kepulauan Honshu, Jepun dengan membawa hujan lebat dan angin kencang mengakibatkan banjir apabila paras air sungai naik dan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan.

Angin kuat yang bertukar menjadi taufan Kategori 5, Noru melanda bahagian utara Jepun dengan hujan 40 milimeter (1.6 inci) turut menyebabkan amaran tanah runtuh.

Seramai 50 orang penduduk dilaporkan cedera namun tidak ada kematian direkodkan.

Ribut itu dijangka berkurangan dan menuju ke Pasifik pada hari Rabu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast