Mustapa Mohamed

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih tidak berputus asa dalam mengharapkan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dapat direalisasikan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mengulas mengenai kenyataan Presiden Filipina Rodgiro Duterte yang mahu semua 10 negara ASEAN melupakan TPP, Mustapa berkata, Malaysia tidak mampu melakukannya.

Ini kerana sudah banyak wang yang telah dilaburkan selain tempoh panjang rundingan yang mengambil masa selama 10 tahun itu menyebabkan Malaysia masih berusaha dan berharap ianya dapat dilaksanakan.

“Kita mahukan TPP dan RCEP. Kita masih berusaha dengan negara-negara lain (untuk merealisasikan TPP). Terlalu banyak wang, tenaga dan masa telah dilaburkan.

“TPP masih relavan,”katanya semasa sidang media di sini hari ini.

Duterte semasa berucap pada hari penubuhan ASEAN ke-50 di Manila semalam meminta semua negara anggota melupakan TPP, sebaliknya memberi fokus kepada RCEP sahaja.

Katanya, TPP ibarat sebuah mimpi yang tidak mungkin menjadi kenyataan.-MalaysiaGazette