KUALA LUMPUR – Promosi Tawaran Mega Airlines Malaysia Airlines akan bermula esok sehingga 18 Ogos ini, menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi kelas perniagaan dan ekonomi.

Tawaran itu berkuatkuasa serta-merta sehingga 9 Disember 2017.

Malaysia Airlines berkata, tawaran promosi itu sempena Pameran Pengembaraan MITM di Pusat Pameran Mid Valley yang diadakan esok sehingga 13 Julai ini.

Pelanggan boleh menikmati tawaran termasuk kelas ekonomi serendah RM1,009 ke Beijing, Nanjing dan Fuzhou.

Tambang RM1,109 ke Mumbai dan RM1,229 ke Seoul dan Tokyo.

Harga bagi kelas perniagaan pula ditawarkan dari serendah RM869 ke Jakarta, RM1,649 ke Chennai dan RM 11,999 ke London.

Semua tambang bagi penerbangan yang berlepas dari Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Komersial Malaysia Airlines, Arved von zur Muehlen berkata, promosi itu sangat istimewa dan tiada caj tersembunyi atau yuran kad kredit dan termasuk bagasi seberat 30 kilogram dan makanan. – MalaysiaGazette