Gambar hiasan

MADINAH – Jemaah haji Iraq yang jatuh di sebuah balkoni hotel di sini terbukti satu kemalangan, kata Setiausaha Kementerian Pertahanan Haji dan Umrah Arab Saudi, Mohammed Bejawi.

Seorang wanita Iraq berusia 50-an terjatuh dari balkoni hotel, semalam.

Siasatan yang dijalankan tidak menunjukkan mangsa mahu bunuh diri atau ada motif jenayah yang disyaki yang menyebabkan wanita itu terjatuh, menurut Agensi Berita Saudi (SPA).

Pegawai itu berkata, siasatan itu menunjukkan wanita Iraq itu terjatuh dari balkoni yang berhiasan kayu di Mawadah Hotel di Madinah ketika sedang menjemur pakaiannya.

Dia dipercayai tergelincir semasa menjemur pakaian lalu tergelincir dan jatuh. – MalaysiaGazette