Home Dunia Pelancong punca anak ikan lumba-lumba mati

Pelancong punca anak ikan lumba-lumba mati

Para pelancong bergambar dengan seeokor anak ikan lumba-lumba di pantai Mojacar. foto Agensi

MADRID – Seorang anak ikan lumba-lumba mati selepas dikelilingi oleh pelancong yang ingin mengambil gambar di pantai di selatan Sepanyol.

Berikutan itu, anak ikan itu kehilangan ibu dan terkandas di perairan cetek di luar pantai Mojacar di Andalusia.

Para pelancong kemudian mula menyentuh dan mengambil kesempatan bergambar dengan haiwan itu berbanding mencari bantuan untuknya.

Organisasi perlindungan marin, Equinac berkata, sikap penting diri menyebabkan anak ikan lumba-lumba itu mengalami tekanan.

“Haiwan-haiwan ini sangat dilindungi, mengganggu, mencederakan, memanipulasi dan mengganggunya adalah dilarang oleh undang-undang,” katanya. – MalaysiaGazette