Bekas Pengersui FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (tengah) ditahan reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 20 Ogos berhubung pembelian dua hotel Felda Investment Corporation (FIC) di Mahkamah Majistret, Istana Kehakiman Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 16 OGOS 2017.⁠⁠⁠⁠

KUALA LUMPUR – Kira-kira 10 kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada di pejabat Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) pagi ini.

Mereka yang berpakaian biasa tiba dengan kenderaan dan memasuki pejabat SPAD pukul 11 pagi.

Tindakan SPRM itu dipercayai untuk menjadi dokumen susulan penahanan bekas Pengerusi Felda itu pagi semalam.

Beliau merupakan pemangku Pengerusi SPAD yang dilantik pada Jun lalu.

Mohd Isa ditahan reman selama lima hari bagi siasatan pembelian dua hotel milik Felda Investment Corporation (FIC) yang didakwa terlebih bayar daripada nilai pasaran.

Malam tadi, SPRM mengesahkan telah memeriksa tiga kediaman milik Mohd Isa di Linggi, Port Dickson; Lavender Height, Seremban dan Bandar Baru Nilai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast