Home Ekonomi Harga minyak stabil

Harga minyak stabil

SINGAPURA – Pasaran minyak stabil pada hari ini selepas mengaut keuntungan besar hari Jumaat walaupun pengeluaran Amerika Syarikat bertambah.

Situasi itu diramalkan akan mendorong kawalan pengeluaran lagi selepas kejatuhan 13 peratus dalam inventori minyak mentah Amerika Syarikat sejak Mac lalu.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan pada harga AS$52.70 setong pada 0302 GMT, turun AS$0.01 berbanding harga penutup.

Niaga hadapan mentah Barat Texas Intermediate (WTI) CLc1 pada sekitar AS$48.54 setong, naik AS$0.03 berbanding harga penyelesaian Jumaat lalu.

Peniaga berkata, pasaran turun disebabkan peningkatan pengeluaran Amerika Syarikat yang telah melepasi 9.5 juta tong sehari, paras tertinggi sejak Julai 2015.

Tetapi peningkatan dalam pengeluaran Amerika Syarikat mungkin tidak lama lagi perlahan kerana firma tenaga mengurangkan aktiviti penggerudian minyak baru untuk minggu kedua, menurut firma perkhidmatan tenaga Baker Hughes pada hari Jumaat.

Penggerudi mengurangkan lima pelantar minyak pada minggu berakhir pada 18 Ogos, menjadikan jumlah keseluruhan turun kepada 763, kata Baker Hughes.

“Jumlah rig mengalami penurunan terbesar sejak Januari, meningkatkan tanda-tanda pasaran semakin ketat,” kata bank ANZ pada hari Isnin.

Selain itu, inventori minyak mentah Amerika Syarikat jatuh hampir 13 peratus daripada puncak Mac kepada 466.5 juta tong.

Penganalisis berkata, inventori minyak mentah jatuh, walaupun peningkatan pengeluaran, menunjukkan pasaran semakin dikawal. – MalaysiaGazette