Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memberitahu, beliau telah menulis surat kepada UMNO Bahagian Teluk Kemang untuk berhenti daripada menjadi ahli UMNO dua hari lepas.
Tan Sri Isa Samad

KUALA LUMPUR – Bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kekal sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Nancy berkata. kedudukan Mohd. Isa tidak harus dipertikaikan memandangkan beliau hanya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan dan tiada pertuduhan dikenakan.

“Bagi kami, beliau masih pemangku pengerusi? Kedudukan beliau masih lagi sama, lagipun kuasa melantik adalah di tangan perdana menteri.”

“Tidak timbul soal kena tunggu kes selesai kerana beliau belum dituduh dan tiada tuduhan pun,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lesen teksi individu kepada kumpulan ketiga di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) di ibu pejabat SPAD di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai status Mohd. Isa yang dibebaskan semalam selepas direman lima hari bagi membantu siasatan kes pembelian hotel di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Ketika ditanya bilakah Mohd. Isa akan kembali ke pejabat, Nancy menjawab: “Terpulang kepada beliau, bila-bila beliau mahu lagipun beliau bukan pengerusi eksekutif. Beliau tidak perlu duduk di pejabat setiap hari. Sekarang kita ada pelbagai aplikasi seperti WhatsApp jadi mudah untuk berhubung atas urusan kerja.”

Beliau berkata tiada sebarang sekatan dan terpulang kepada Mohd Isa untuk hadir ke mana-mana acara yang dijalankan oleh SPAD, dan sebaliknya ketidakhadiran beliau juga tidak mengganggu perjalanan tugasan suruhanjaya itu.

“Mesyuarat juga boleh dijalankan meskipun tanpa kehadiran pengerusi? kalau tiada pengerusi, anggota suruhanjaya akan melantik di antara mereka untuk mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

“Kami menjalankan tugas macam biasa juga, kita ada menteri, anggota suruhanjaya, ia tidak mengganggu tugas harian kami,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 300 pemandu teksi yang telah tamat tempoh perjanjian sewa-pajak di bawah syarikat teksi, menerima lesen individu dan 88 daripada penerima lesen itu turut menerima geran tunai kerajaan sebanyak RM5,000 bagi membantu mereka membeli kenderaan baharu untuk digunakan sebagai teksi. – MalaysiaGazette